Program Penutupan Qiamullail dan Ziarah Subuh 2017
PUTRAJAYA – Program Penutupan qiamullai dan ziarah subuh 2017 telah diadakan di Surau Al-Muttaqin P5 Putrajaya, dengan disempurnakan oleh ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.
Program anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya ini telah berlangsung dengan menjelajah surau-surau setempat di sekitar Putrajaya melalui program yang dimulakan dengan qiyamullail, solat sunat taubah, tasbih, witir dan disusuli dengan solat subuh berjemaah.
You must be logged in to post a comment.