Berita

Sekalung Tahniah, Datin Seri Anggraini Dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP)

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan setinggi tahniah atas anugerah yang diterima oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang mengetuai senarai 169 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar, Pekan, Sabtu lalu.

Anggraini, yang juga Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu Putrajaya, merupakan seorang daripada 21 individu dianugerahkan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

IMG-20171218-WA0004