Berita

Ketua Kampung Sertai Gotong-Royong Perdana Pastikan Rakyat Sejahtera

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau sinonim dengan panggilan ‘ketua kampung’ telah turun padang untuk bersama-sama dalam program Gotong-royong Perdana bagi memastikan kesejahteraan dan kebersihan masyarakat.

Beliau yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki turut menyeru penduduk setempat agar sentiasa memastikan kawasan tempat tinggal bersih kerana ia dapat menyumbang kepada suasana harmoni dan selesa.

“Saya juga telah bersetuju untuk menambah baik beberapa fasiliti dan kemudahan di sini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan kepada penduduk,” katanya dalam ucapan perasmian program Pengindahan dan Kecerian Penduduk PPA1M Larai.

Beliau turut berharap agar usaha memastikan kebersihan sentiasa menjadi keutamaan.

IMG-20180120-WA0054

IMG-20180120-WA0031

IMG-20180120-WA0025

IMG-20180120-WA0013

IMG-20180120-WA0020

IMG-20180120-WA0016