UMNO Putrajaya Terus Prihatin Pastikan Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA – Kesejahteraan rakyat terus menjadi perhatian dengan memastikan mereka yang dilanda keuzuran mendapat pembelaan. Selaras dengan itu, isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mewakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengadakan lawatan kepada Che Som Awang iaitu ibu kepada Noriza Hassim yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat kanser di rumahnya, di Presint 9.

Beliau bukan sahaja bertanyakan khabar dan memberikan sokongan moral tetapi juga menghulurkan sumbangan agar serba-sedikit dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung.

Dalam perkembangan yang lain, Biro Kebajikan UMNO Putrajaya turut turun padang dan menziarahi para penduduk yang dilanda keuzuran dengan pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman bersama barisan ahli jawatankuasanya menghulurkan sumbangan mewakili ‘ketua kampung’.

Semoga kunjungan yang dibuat dapat memberikan semangat kepada para pesakit di samping sumbangan yang dihulur dapat membantu keperluan yang ada.

26731321_264957500706169_3398182085100732745_n

26814466_1582857211749555_3078089599336462072_n

26815087_264957540706165_7743581056662919042_n

26815143_264957430706176_1837335400934851323_n

%d bloggers like this: