Bersama Gembling Usaha Demi Kejayaan BN
PUTRAJAYA – Para pengundi tempatan diminta untuk bersama-sama mengembling usaha bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal di Putrajaya.
Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Ketua UMNO Bahagian tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyampaikan ucapan dalam majlis ramah mesra bersama pengundi Putrajaya yang berasal dari Utara berharap mereka akan memilih pemimpin yang tepat.
“Kekalkanlah BN di Putrajaya agar semua perancangan yang dibuat akan dapat diteruskan untuk kita semua,” katanya.
Tegas beliau, tugas pengundi adalah memilih pemimpin yang dapat membawa pembangunan dan kemajuan kepada semua.
You must be logged in to post a comment.