Berita

Anak Muda Pewaris Perjuangan UMNO Untuk Agama, Bangsa dan Negara

PUTRAJAYA – Anak muda perlu memainkan peranan dengan menghayati penubuhan UMNO agar perjuangannya dapat terus disemarakkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berharap generasi muda akan menjadi pelapis bagi meneruskan perjuangan parti.

“UMNO bukan sekadar parti politik semata-mata kerana asas dan tujuan penubuhannya adalah merangkumi agama Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.”

Beliau berkata demikian dalam majlis pertemuan Ketua Cawangan Bunga Tasbih bersama para pengundi tempatan dan ahli cawangan.

“Teruskanlah perjuangan UMNO yang dibangunkan dari dulu untuk kini dan pastikan selamanya,” katanya lagi.

IMG-20180308-WA0077

IMG-20180308-WA0075

IMG-20180308-WA0073

IMG-20180308-WA0072