Berita

Kad Ceria Bantu Rakyat Tangani Kos Sara Hidup

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah melancarkan penggunaan aplikasi Ceria 1WP pada Majlis Penutup Karnival Kad Ceria itu.

Katanya menerusi aplikasi tersebut orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai rakan dagang dan tawaran diskaun yang boleh diakses melalui telefon pintar.

“Sebanyak 10,086 rakan dagang bekerjasama dengan kementerian bagi menawarkan pelbagai diskaun menarik untuk pemegang kad ceria ini,” katanya.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac itu antara lain merupakan inisiatif kementerian dalam usaha menangani kos sara hidup dan membantu warga kota dalam merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah.

IMG-20180401-WA0073

IMG-20180401-WA0069

IMG-20180401-WA0059

IMG-20180401-WA0043