Berita

PutraPay Bantu Golongan Yang Memerlukan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah
mengedarkan 9,000 kad PutraPay kepada pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di Putrajaya Sentral. Kad ini akan membolehkan mereka menaiki bas Nadiputra secara percuma dimana-mana laluan bas berkenaan selama setahun.

“Pemberian kad ini adalah antara keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dalam membantu mereka menjalani aktiviti seharian, memudahkan mereka dan mengurangkan kos seharian mereka,”

Katanya, jumlah itu akan ditingkatkan kepada 12,000 penerima pada tahun depan sebagai satu daripada usaha mengurangkan kos sara hidup golongan tersebut.

IMG-20180424-WA0006

IMG-20180424-WA0007

IMG-20180424-WA0010

IMG-20180424-WA0014

IMG-20180424-WA0017