Berita

Ketua Kampung Diiringi 5,000 Penyokong Di Pusat Penamaan Calon

PUTRAJAYA – Ketua kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah diiringi 5,000 jenteranya ke pusat penamaan calon di Pusat Kejiranan Presint 9, di sini.

Proses penamaan calon bagi seluruh negara bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara.

Ia membabitkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Bagi Sarawak, hanya pilihan raya peringkat parlimen sahaja diadakan memandangkan pilihan raya negeri telah berlangsung 2016.

Parlimen dibubarkan pada 7 April bagi memberi laluan kepada PRU14.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini hari penamaan calon, pengundian awal pada 5 Mei dan pengundian 9 Mei.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940, 624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi perempuan 7, 557, 187 (50.58 peratus).
Ramai calon sudah tiba di pusat-pusat penamaan calon sejak awal lagi diiringi oleh para penyokong masing-masing dan ada yang masih berarak dalam perjalanan ke pusat-pusat tersebut.

IMG-20180428-WA0012

IMG-20180428-WA0003

IMG-20180428-WA0009

IMG-20180428-WA0011