Tengku Adnan Cadang Rumah PPR Dijenamakan Semula

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan agar perumahan mampu milik seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dijenamakan semula bagi mengubah pemikiran penduduknya.

Beliau berkata selain menambah kemudahan seperti kamera litar tertutup (CCTV), penjenamaan semula perumahan mampu milik juga boleh membawa perubahan positif dari sudut psikologi penduduk supaya lebih matang dan tidak tertekan.

“Kita tidak mahu lagi panggil rumah murah, barang kali boleh panggil rumah rakyat ceria atau ‘council home’. Jadi mereka yang tinggal di situ tidak fikir mereka duduk di rumah murah lagi.

“Sebelum ini pun kita sudah menetapkan supaya rumah mampu milik sekurang-kurangnya 750 kaki persegi, bukan lagi seperti dahulu 500 kaki persegi, tidak sesuai lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat kuarters Apartment Fasa 5 dan 6 di Presint 9, di sini hari ini.

Projek yang akan bermula pada Julai depan bernilai RM15 juta itu menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Berkeluasan 3,400 meter persegi, tempat letak kereta empat tingkat itu bakal menyediakan 352 lot tempat letak kereta termasuk bagi orang kelainan upaya (OKU).

31416733_1624824794220463_5082272923486519296_n

31430756_1624824720887137_9028057857903296512_n

%d bloggers like this: