Berita

Proses Pengundian Awal IPD Putrajaya Lancar

PUTRAJAYA – ‘Ketua kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan mereka.

Ia berlangsung empat hari sebelum hari pengundian PRU14 iaitu 9 Mei. Parlimen dibubarkan 7 April lepas bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum berkenaan.

Tengku Adnan yang mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 dicabar oleh Zainal Abidin Kidam (PAS) dan Datuk Dr Samsu Adabi Mamat (PKR-PPBM).