Lawatan Kasih Puteri Putrajaya Perkukuh Silaturrahim, Semarakkan Perjuangan

PUTRAJAYA – Inisiatif bagi memastikan rakyat mendapat perhatian dan pembelaan dalam semua lapisan masyarakat diteruskan oleh UMNO Bahagian Putrajaya dengan golongan muda tampil ke hadapan.

Melalui Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Cik Jumaitul Laily Zakiah, Program Lawatan Kasih telah direalitikan dengan mengunjungi anggota UMNO khususnya golongan Puteri yang baru melahirkan cahaya mata.

Dalam lawatan yang berlangsung di sekitar Cawangan Bunga Azalea, beliau bersama AJK telah disertai oleh ketua Cawangannya iaitu En Khairi Mat Jani yang juga AJK Bahagian UMNO Putrajaya.

Kunjungan tersebut dilaksanakan bukan sahaja sebagai tanda prihatin UMNO terhadap ahli-ahlinya tetapi juga sebagai alternatif terbaik bagi menyemarakkan perjuangan UMNO dan mengeratkan silaturrahim dalam apa juga keadaan.

Sehubungan itu, UMNO Bahagian Putrajaya melalui Pergerakan Puterinya mengucapkan tahniah kepada para ibu yang baru sahaja melahirkan anak dan berdoa agar mendapat kesejahteraan dengan anak yang sihat. – UMNOPutrajaya

Sumber Foto: The New Pu3 Putrajaya

%d bloggers like this: