Berita

UMNO Putrajaya Perkukuh Semangat Juang Untuk Terus Bangkit

PUTRAJAYA – Pebagai tekanan yang diterima oleh kepimpinan UMNO di peringkat pusat tidak melunturkan semangat perjuangan UMNO Bahagian Putrajaya bagi meneruskan agenda mengembalikan kebangkitan parti.

Selaras dengan itu, Mesyuarat Pengurusan UMNO Bahagian Putrajaya yang pertama telah berlangsung dengan lancar pada 16 Okt 2018 yang diadakan di Pejabat UMNO bahagian terbabit di Presint 15, di sini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faizal Ismail Aziz dengan dihadiri oleh anggota jawatankuasanya termasuklah Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim.

Menerusi mesyuarat tersebut, perbincangan telah dilakukan bagi memperhalusi gerak kerja parti khususnya untuk mengekalkan sokongan ahli-ahli UMNO agar terus bersemarak meneruskan perjuangan UMNO. – UMNOPutrajaya