Berita

Acara Santai, Raikan Hali Lahir Akrabkan Kebersamaan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Kebersamaan anggota UMNO dalam melalui pelbagai cabaran adalah keutamaan khususnya dalam acara santai yang tentunya akan dapat mengakrabkan hubungan silaturrahim antara pemimpin setempat dalam pelbagai peringkat.

Sehubungan itu, sambutan hari lahir bagi bulan Oktober dilaksana yang mana ia turut meraikan bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Tun Faizal Ismail Aziz dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Ahmad Faisal Abdul Karim serta Ahli Jawatankuasa Bahagian, Khiri Mat Jani.

Acara yang berlangsung sederhana tetap meriah dengan kehadiran ketua-ketua cawangan yang meraikan dalam kemesraan dan jalinan persahabatan.

Program yang diadakan di My Café Village, Presint 7 ini adalah bukti kebersamaan ahli UMNO untuk terus kekal akrab biarpun kuasa dalam kerajaan telah tiada namun perjuangan mesti diteruskan.

Selamat hari lahir kepada para pemimpin terbabit dan semoga acara tersebut menjadi pengukuh kesinambungan perjuangan untuk hari ini dan masa hadapan, atas legasi yang diwariskan oleh pejuang terdahulu. UMNO tetap relevan, dulu, kini dan selamanya. – UMNOPutrajaya