Solidariti Bersama Presiden Penuh Semangat, Pertahankan UMNO
PUTRAJAYA, 19 Okt – Suasana di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi bergema dengan laungan dan ucapan para pimpinan UMNO dan pelbagai peringkat kumpulan lain yang sama-sama berkumpul bagi menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditahan untuk pendakwaan.
Para pneyokong yang terdiri daripada pimpinan dan ahli serta pendokong parti serta mereka yang lain mula berkumpul pada pukul 8 malam dan kemudiannya disusuli dengan ucapan termasuklah isteri dan anak Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang memulakan ucapan berkata mereka hadir untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dengan penuh semangat Lokman melaungkan lawan tetap lawan sambil disambut oleh mereka yang berada di perkarangan SPRM.
Dalam pada itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Khusairi Talib pula berkata himpunan pada malam ini adalah untuk mempertahankan satu institusi.
“Apakah itu institusi yang sedang kita pertahankan pada malam ini…ianya adalah institusi presiden UMNO. Presiden UMNO sekarang siapa…di mana presiden UMNO sekarang ini…di dalam sana,” sambil merujuk kepada bangunan SPRM.
Katanya lagi menjadi tanggungajwab semua tidak kira sama ada ahli UMNO atau bukan ahli UMNO…tidak kira pelbagai bangsa..kita ada tanggungjawab yang besar iaitu mempertahankan institusi yang telah banyak berjasa kepada negara sejak sekiam lama.
“Jadi pada malam ini kita berada di sini dengan satu tanggungjawab iaitu untuk memastikan institusi presiden UMNO yang sejak sekian lama diangkat untuk memimpin negara ini selaku Perdana Menteri dapat kita pertahankan,” katanya.
Sementara itu isteri Datuk Seri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis dalam ucapannya menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang sama-sama bersolidariti pada malam ini.
“Sama-sama kita berdoa yang terbaik. Rasa bangga dan saya akan bercakap dengan cucu dia nanti siapa ‘grandfather’ dia..beliau adalah pejuang.
“Saya berjanji akan teguh di belakang beliau dan akan tetap dengan pendiriannya walau apa sekali pun sebab setiap kejadian ada hikmahnya yang tersurat dan tersirat.
“Mungkin lepas ni Allah s.w.t. akan beri yang lebih baik dan terbaik. Kita tidak tahu dan insya-Allah kita sama-sama berdoa,” ujarnya.
Sementara itu, anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah yang turut sama menyampaikan ucapan mempersoalkan di manakah laungan reformasi yang dilaungkan oleh mereka yang melaungkan reformasi sebelum ini dan mengajarnya berucap di jalanan.
“Mana sahabat saya yang mempertahankan reformasi pada ketika itu. Tidakkah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah nampak apa yang berlaku ini. Saya minta maaf kerana dalam DNA saya tidak diajar untuk menjadi biadap atau kurang ajar. Tetapi inilah yang saya harus nyatakan pada malam ini saya tidak ingin menjadi seperti Nurul Izzah yang melaungkan reformasi selama 20 tahun.
“Malam ini sama-sama laungkan lain daripada yang saya belajar pada 1998…’hipokrasi…hipokrasi…hipokrasi,” katanya sambil disambut oleh mereka yang lain.
Turut sama menyampaikan ucapan dan tanda sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid ialah Tun Faisal Ismail Aziz yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya-MediaUMNO
You must be logged in to post a comment.