Berita

PERMATA Jadi Genius: Kerasukan Politik Yang Tidak Waras

1. Kita memahami bahawa kerajaan PH tidak mahu dilihat mengakui kejayaan dan pencapaian kerajaan BN apatah lagi program2 yg telah terbukti berjaya pelaksanaannya dan penghasilannya yg selama ini walaupun sebelum PRU14 dikecam dgn pelbagai kecaman. Jadi takkan mrk nak jilat balik ludah mrk.

2. Namun dalam pendidikan anak2 janganlah ianya turut dipolitikkan. Sekiranya pendidikan pun hendak dipolitikkan sehinggakan nama PERMATA pun menjadi masalah besar maka kita mmg wajar berasa sedih dan jijik dgn tahap politik sebegini.

3. Sebelum ini BR1M yg dituduh rasuah namun…

BR1M dijenamakan semula sebagai BSH
SPAD dijenamakan semula sebagai APAD
AES dijenamakan semula sebagai AWAS
RTC dijenamakan semula sebagai PKD
Dan terbaru
PERMATA dijenamakan semula sebagai GENIUS.

4. Mengapa penjenamaan PERMATA kepada GENIUS ni wajar dikritik sebagai kerasukan politik yg tidak waras. Antara lain adalah:

i. Anak2 kita dan tentunya yg terpilih memasuki program ini bukanlah utk mencari yg genius tetapi mencari permata ibu bapa dan lebih jauh lagi permata kepada negara.

ii. Perkataan PERMATA amat bersesuaian dengan program yg dijalankan dan menepati falsafah pendidikan program tersebut.

iii. PERMATA bukan sahaja lembut sebutannya malah mempunyai nilai yang sangat tinggi bukan sahaja dari segi bahasa tetapi juga mempunyai nilai yg sangat tinggi dari pengertiannya dan senantiasa menjadi rebutan dan keinginan semua.

iv. Program PERMATA bukan hanya untuk anak-anak pintar di bawah program PERMATA PINTAR sebaliknya ianya juga mempunyai banyak lagi program termasuk PERMATA KURNIA iaitu pendidikan khusus untuk anak-anak Autisme.

v. Perkataan GENIUS tidak menggambarkan falsafah program2 yg dijalankan di bawah PERMATA malah ianya mengubah pengertian matlamat dan kepentingan mencungkil dan membina bakat2 dan kepandaian PERMATA negara.

vi. Penjenamaan semula ini akan merugikan negara kerana kos penjenamaan semula ini melibatkan jumlah yg sgt besar. Semua material yg digunakan perlu dicetak semula selain semua papantanda atau apa shj yg menggunakan perkataan PERMATA juga perlu diubah kepada GENIUS. Bukankah ianya satu pembaziran.

5. Sewajarnya Menteri PH dan kerajaan PH menumpukan kpd penambahbaikkan program atau membuat cetusan idea2 baru sepertimana yg dilakukan kerajaan BN sebelum ini agar kita dapat melihat kemajuan.

6. Penjenamaan semula PERMATA kepada GENIUS oleh kerajaan PH ni hakikatnya menunjukkan kepada rakyat bahawa negara sedang berdepan dengan PERMATA YANG HILANG.

Dipetik dari: Facebook Adnan Seman