Aktiviti & KomunitiBerita

85 Peratus Cawangan UMNO Putrajaya Telah Bersidang, Bukti Kesungguhan Teruskan Perjuangan

PUTRAJAYA – Tempoh mesyuarat Cawangan yang masih berbaki lebih seminggu diaplikasi sepenuhnya oleh ahli-ahli parti di akar umbi dengan mengadakan persidangan melibatkan ahli-ahli peringkat Cawangan.

Sehingga ke hari ini, 85 peratus daripada jumlah 58 Cawangan UMNO Putrajaya telah berjaya mengadakan mesyuarat yang menunjukkan kesungguhan ahli-ahli UMNO untuk meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Bukan itu sahaja, usaha anggota akar umbi untuk menyempurnakan persidangan UMNO peringkat Cawangan juga adalah selaras dengan tanggungjawab sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan UMNO dan memenuhi tuntutan perundangan dari Akta pertubuhan.

Terbukti, hasil perjuangan UMNO terus bersemarak bagi meneruskan usaha parti yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara tanpa melupakan hak kaum-kaum lain di negara ini. – UMNOPutrajaya