Alhamdulillah Maidatul Rahman Lancar, Terima Kasih Putrajaya

PUTRAJAYA – Alhamdulillah, program Maidatul Rahman yang berlangsung sepanjang Ramadan dan berakhir semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan berlangsung dengan jayanya walaupun kali ini diadakan berbeza dengan tahun-tahun yang lalu.

Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya mereka yang sentiasa memberikan sokongan dan menjayakan Maidatul Rahman tersebut.

“Saya bersyukur kerana hasrat kita untuk meneruskan Maidatul Rahman seperti tahun-tahun yang dulu dapat dilaksanakan walaupun dibuat secara bergilir melibatkan 63 surau-surau yang ada di Putrajaya.

“Alhamdulillah, kita masih dapat meraikan dan berbuka puasa beramai-ramai dalam suasana kekeluargaan yang cukup harmoni,” katanya. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: