Aktiviti & KomunitiBerita

Pemuda UMNO Raikan Warga Putrajaya Dalam ‘Jom Riang Riuh Shopping Raya’

PUTRAJAYA – Menjelang Aidilfitri yang masih berbaki sembilan hari lagi, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya telah meraikan warga tempatan dalam program ‘Jom Riang Riuh Shopping Raya’ yang berlangsung di Alamanda Putrajaya.

Program tersebut diadakan bagi membantu meringankan beban warga Putrajaya khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

Lebih bermakna, program tersebut telah dirasmikan oleh Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang mewakili Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan sokongan dari semua peringkat termasuklah Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya yang diketuai oleh Puan Husna Abdul Rahaman serta Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya dengan ketuanya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail.

Semoga bantuan yang dihulurkan akan dapat membantu meringankan beban mereka yang kesusahan dan usaha yang dibuat mendapat barakah dari Allah swt. – UMNOPutrajaya