BeritaRencana

Syabas, Tahniah! Mesyuarat UMNO Putrajaya Lancar

PUTARAJA – “Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli di akar umbi yang masih gigih untuk kekal dalam parti, dapat laksanakan mesyuarat peringkat Cawangan sebelum ini dengan lancar walaupun hari ini banyak sekatan dan tekanan kepada kita.”

Demikian luah Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada para perwakilan bahagian terbabit.

Katanya, walaupun Putrajaya hari ini diterajui oleh pembangkang namun ternyata UMNO masih ‘hidup’ dan dapat bergerak untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Terima kasih semua, Ayuhlah teruskan perjuangan kita demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata demikian dalam Majlis Perasmian UMNO bahagian tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. – UMNOPutrajaya