BeritaRencana

UMNO Putrajaya Zahir Penghargaan Kepada Tengku Adnan

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli UMNO Putrajaya hari ini menzahirkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian terbabit merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang masih teguh untuk setia dan berkhidmat bagi menakhodai kepimpinan bahagian terbabit.

Perkara tersebut telah diterjemahkan dalam ucapan penangguhan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz dalam mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya, hari ini.

Katanya, Tengku Adnan adalah contoh terbaik untuk menjadi tauladan kepada ahli-ahli kerana walaupun menerima pelbagai tekanan dari pelbagai pihak namun kesetiaan dan khidmat beliau kepada UMNO tidak pernah goyah.

Hari ini, Tengku Adnan yang juga Bendahari UMNO telah merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian terbabit yang berlangsung dengan jayanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – UMNOPutrajaya