Berita

Ziarah Prihatin Terus Turun Padang Semai Budi Tabur Khidmat Bakti

PUTRAJAYA – Biarpun UMNO telah bergelar pembangkang namun budi dan khidmat bakti tidak pernah bernoktah sebagaimana yang dilakukan oleh Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya melalui ‘Ziarah Prihatin’ yang dijalankan.

Ziarah Prihatin ialah acara rutin bagi anggota biro Kebajikan yang dipengerusikan oleh Puan Husnah Abd Rahaman merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya untuk mengunjungi mereka yang uzur dan ditimpa kesusahan.

Kali ini, Ziarah Prihatin telah berkunjung ke Hospital Putrajaya bagi menziarahi mereka yang mendapat rawatan di sini.

Selain sokongan moral, marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka yang ditimpa kesusahan mendapt kesenangan, mereka yang sakit akan kembali sembuh dan semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. – UMNOPutrajaya