Berita

UMNO Putrajaya Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarhamah Mahani Ujang

PUTRAJAYA – Seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Mahani Ujang, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Putrajaya yang telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Semoga keluarga Allahyarhamah tabah berdepan dugaan dan kehilangan.

Marilah sama-sama kita berdoa agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah – UMNOPutrajaya