Aktiviti & KomunitiBerita

Majlis Tahlil & Bacaan Yassin, Semangat Kekeluargaan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Kebersamaan dan kekeluargaan UMNO Putrajaya dilaksana dalam suasana senang dan saat kehilangan dengan keakraban berkongsi rasa serta saling memberi sokongan.

Hal ini terbukti sebagaimana UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan program bacaan Yasin dan Tahlil untuk Allahyarhamah Puan Mahani Ujang, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Putrajaya yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 Ogos lalu.

Majlis telah berlangsung lancar di rumah Ketua UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki serta dihadiri oleh kepimpinan UMNO Bahagian khususnya ahli-ahli Wanita dan anggota UMNO Putrajaya.

Di samping itu, majlis tersebut turut diisi dengan program ilmu dengan tazkirah disampaikan kepada khalayak yang hadir.

Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarhamah Puan Mahani Ujang bersama mereka yang beriman di sisi-Nya serta menerima ibadah dan menambahkan keimanan hamba-hamba-Nya. – UMNOPutrajaya