Berita

Selamat Menyambut Hari Malaysia, Kekalkan Perpaduan Untuk Kesejahteraan Negara

PUTRAJAYA – Kesejahteraan negara yang dikecapi adalah hasil daripada kehidupan rakyat yang bersatu-padu biarpun berada dalam lingkungan masayarakat majmuk yang pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai budaya serta anutan agama berbeza.

Selaras itu, Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian terbabit, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat untuk sama-sama meneruskan usaha bersatu-padu bersempena Hari Malaysia.

“Selamat Hari Malaysia, marilah terus bersatu padu demi kesejahteraan negara kita,” katanya – UMNOPutrajaya