Rencana

Pertandingan Bowling Komuniti Jalin Muafakat Warga Setempat

PUTRAJAYA – Penganjuran Pertandingan Bowling Tertutup Komuniti Putrajaya 2019 berlangsung lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk setempat lantas merealisasikan ikatan silaturrahim yang kukuh.

Acara yang berlangsung di ARL Power Bowl Alamanda melibatkan penyertaan keluarga termasuklah diadakan acara mewarna untuk kanak-kanak yang diselia oleh pihak penganjur. – UMNOPutrajaya