Terima Kasih Jayakan Program Ramah Mesra Putrajaya
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada penduduk setempat yang telah bersama-sama menjayakan Program Ramah Mesra hari ini.
Katanya, kehadiran lebih 700 penduduk adalah sokongan yang sangat bermakna dalam keadaan UMNO dihimpit pelbagai perkara.
“Terima kasih semua, saya amat berbesar hati dengan kehadiran semua dalam majlis ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Bendahari UMNO.
Dalam program ini juga turun diadakan majlis cukur jambul dan aqiqah cucu beliau, Tengku Ibrahim Mansor Tengku Iqbal Munawir . – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.