Berita

Teruskan Bersatu Hati, Rampas Kembali Kerajaan Dari Pemfitnah Dan Penipu

PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO digesa untuk terus bersatu hati dalam berdepan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan perjuangan UMNO terus kukuh, tegas Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, semangat untuk kekal bersatu jati amat penting dalam memastikan Putrajaya bukan hanya Parlimennya di tangan UMNO tetapi pentadbiran kerajaan pusat juga kembali kepada Barisan Nasional.

“UMNO Putrajaya mesti kekal bersatu supaya kita dapat rampas balik kerajaan dari mereka yang ada sekarang kerana telah terbukti Pakatan Harapan (PH) menang atas fitnah dan menipu rakyat,” katanya yang juga Setiausaha Agung BN merangkap Bendahari UMNO.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 700 warga Putrajaya yang hadir dalam Program Ramah Mesra serentak dengan majlis cukur jambul dan aqiqah cucu beliau hari ini.

Dalam masa yang sama beliau menasihatkan rakyat agar tidak termakan dengan fitnah serta dakyah yang sememangnya tidak benar. – UMNOPutrajaya