BeritaRencana

UMNO Putrajaya Sepakat Jayakan Deklarasi UMNO Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya menzahirkan semnagta untuk terus komited bersama anggota parti tempatan dalam menjayakan deklarasi UMNO Wilayah Persekutuan yang telah berlangsung hari ini.

Katanya, semangat parti untuk terus bangkit perlu dilaksanakan bukan sahaja dikalangan anggota UMNO tetapi juga memberi kesedaran kepada semua rakyat yang telah tertipu sebelum ini.

“Kita ambil semangat Muafakat Nasional dan bersama-sama menjayakan agenda perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya yang juga Bendahari Agung UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Hari ini, telah berlangsung  Konvensyen UMNO peringkat Wilayah Persekutuan di PWTC yang telah dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi konvensyen tersebut, UMNO Wilayah Persekutuan telah membentangkan lima kluster yang membabitkan Parlimen Dipertahankan, Parlimen Tumpuan, Parlimen Sokongan, Wanita dan Anak Muda.

Pada akhir konvensyen tersebut, telah diisytiharkan deklarasinya yang bakal menjadi platform bagi terus memperkukuh UMNO di peringkat akar umbi. – UMNOPutrajaya