Selamat Bersidang, Martabatkan Perjuangan UMNO Demi Masa Hadapan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat bersidang kepada ahli-ahli UMNO di akar umbi yang akan memulakan mesyuarat peringkat Cawangan bermula 15 Feb.
Katanya, gunakanlah ruang dan peluang yang ada dalam mesyuarat cawangan untuk memperkukuh parti.
“Inilah tanggungjawab kita sebagai ahli UMNO untuk melaksanakan amanah bagi kembali memperkukuh UMNO demi kesinambungan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan bermula pada 15 Februari sehingga 19 April sementara di peringkat Bahagianakan berlangsung pada 1 Jun hingga 20 Julai ini, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa melalui satu kenyataan media. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.