Kronologi Perkembangan Politik Negara
Berikut adalah kronologi perkembangan politik semasa berikutan runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri:
24 Feb (Isnin)
- 8.19 pagi – 10 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.
- 11 pagi – 1 tengah hari: Dap dan PKR mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti masing-masing di ibu negara
- 2.03 petang: Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution pada sidang media memberitahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat dari PKR.
- 2.12 petang: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin umum parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
- 2.20 petang: Pejabat Perdana Menteri memaklumkan menerusi kenyataan akhbar bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 tengah hari.
- 2.21 petang: Mohamed Azmin dan 10 lagi isytihar keluar daripada PKR dan PH untuk membentuk sebuah blok bebas di Parlimen.
- 2.30 petang: Anwar dan Dr Wan Azizah tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
- 3.08 petang: Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Bersatu.
- 4.45 petang: Dr Mahathir tiba di Istana Negara melalui pintu utama untuk menghadap Al-Sultan Abdullah.
- 6.46 petang: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi susulan isu politik negara.
- 7.15 malam: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam satu kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
- 7.15 malam: Kenyataan itu juga menyebut Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya.
- 8.15 malam: Bersatu, melalui presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin adakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat, Petaling Jaya.
- 9.25 malam: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, dalam kenyataan, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri kabinet. – BERNAMA
You must be logged in to post a comment.