BeritaRencana

Perkukuh Muafakat Atas Semangat Kekeluargaan – Ketua Kampung

PUTRAJAYA – Menyedari bahawa kunci utama kesejahteraan adalam muafakat maka usaha berterusan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merialisasikan acara rutin bersama rakyat iaitu sambutan hari lahir beramai-ramai.

Sememangnya, program tersebut bukanlah asing bagi warga Putrajaya kerana saban tahun pastinya para penduduk akan diraikan sendiri oleh pemimpin tempatan yang lebih dikenali sebagai’ketua kampung’.

Kali ini, giliran warga PDM Taman Warisan dirai dengan meriah oleh Datuk Seri Tengku Adnan bersama isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki bersama barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya.

Sebelum itu, dalam ucapannya beliau turut memaklumkan berkaitan perkembangan politik semasa iaitu apabila runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat tindakan mereka sendiri yang angkuh dan saling bertelingkah.

“Marilah kita jadikan apa yang berlaku dalam negara kita ini sebagai pengajaran untuk kita supaya kita perkukuhkan ikatan yang ada, perpaduan dan jangan sesekali bersikap tinggi diri,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada UMNO dalam apa juga keadaan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar atas semangat muhibah dan penuh dengan ikatan silaturrahim. Terima kasih warga Putrajaya yang sentiasa teguh memberikan sokongan untuk sama-sama kekalkan kesejahteraan. Inilah kampong kita…,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya