Selamat Hari Kesihatan Sedunia, Terima Kasih ‘Frontliners’ COVID-19

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia yang diraikan hari ini.

“Kali ini kita semua amat memahami bahawa nilai kesihatan sangat tinggi dan perlu diutamakan setiap masa. Hargailah kesihatan yang kita ada dan sama-samalah berdoa agar mereka yang dirawat kembali sihat dan negara kita bebas dari apa-apa penyakit.

“Terima kasih pada petugas kesihatan dan para petugas barisan hadapan. Teruskan patuh arahan dan kekalkan duduk di rumah,” katanya.

Dilaporkan PKP telah memasuki fasa kedua selepas dilaksanakan bermula 18 Mac lalu ekoran penularan COVID-19. Sehingga 12 tengah hari semalam juga, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 3,793 kes. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: