Ziarah Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya Pastikan Rakyat Tidak Keseorangan
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa memastikan setiap warga Putrajaya mendapat pembelaan serta sokongan dalam berdepan pelbagai dugaan termasuklah dengan menggerakkan Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya turun padang.
Gerakan turun ke akar umbi dan bersama-sama rakyat sememangnya bukanlah asing sebagaimana Ziarah Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya ke kediaman seorang kakitangan bomba Putrajaya En Zairul yang baru sahaja kehilangan isterinya.
Isteri beliau, Allahyarhamah Rosni Ariffin telah kembali ke rahmatullah meninggalkan beliau bersama-sama enam anak berusia 21, 19, 18, 15, 12 dan setahun setengah.
Dalam kunjungan Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang diketuai oleh Pengerusninya, Puan Husna Abd Rahaman merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, bantuan dihulurkan selain sokongan moral dan kata-kata semangat untuk En Zarul sekeluarga.
Semoga roh Allahyarhamah Rosni Ariffin diangkat bersama-sama orang-orang yang beriman di sisi-Nya dan semoga keluarga tabah berdepan pelbagai dugaan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.