Aktiviti & KomunitiBerita

Program Ziarah Syawal Puteri Putrajaya Pererat Silaturrahim

  

PUTRAJAYA – Atas matlamat memastikan silaturrahim yang terjalin dipereratkan, Program Ziarah Syawal Puteri UMNO Putrajaya Cawangan Jenjarum dilaksana.

Program ini melibatkan kepimpinan ahli jawatankuasa bahagian termasuklah Ketua Puteri UMNO Putrajaya, Cik Jumaitul Laily Zakiah Ismail disamping Ketua UMNO Cawangan Jenjarum, En Harith Muhammad bersama para AJK setempat.

Selain dari usaha untuk memastikan ikatan yang terjalin dipererat, program ini juga adalah antara usaha bagi menarik golongan muda menyertai Puteri UMNO di samping mempersiapkan diri bagi berdepan dengan sebarang pilihan raya termasuklah Pilihan Raya Umum ke-15 kelak. – UMNOPutrajaya