Aktiviti & KomunitiBerita

Demi Warga Putrajaya… Sumbangan Dihulur Bantu Kurangkan Beban

PUTRAJAYA – Banyak pihak terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa pemulihan (PKPP) dan tentunya impak secara langsung amat dirasai oleh rakyat.

Sehubungan itu, Parlimen Putrajaya yang diterajui oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa bersedia dalam memastikan tidak ada individu melarat atau ketinggalan agar keselesaan dapat terus dirasai.

Dalam hal ini, penyampaian sumbangan barang keperluan asas termasuk beras, minyak dan tepung telah diagihkan kepada rakyat agar dapat meringankan beban yang dirasai oleh rakyat.

Sumbangan barangan tersebut telah dibuat secara berperingkat melalui Majlis Perwakilan Penduduk mengikut zon masing-masing.

Diharap dengan sumbangan yang diberikan akan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan kesusahan ekoran pandemik COVID-19. – UMNOPutrajaya