Aktiviti & KomunitiBerita

MPPWP Putrajaya Perlu Pastikan Kesejahteraan Rakyat – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Anggota Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kelestarian dan kesejahteraan warga tempatan dalam kehidupan seharian.

Demikian tegas Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melahirkan rasa prihatin terhadap beban kehidupan rakyat.

Katanya, anggota MPPWP memegang tanggungjawab sebagai barisan pimpinan yang sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

“Ahli MPPWP perlu lihat permasalahan rakyat, selami kehidupan mereka seharian dan fahami setiap kesusahan yang tentunya perlukan sokongan atau bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memyempurnakan penyerahan surat pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Putrajaya sesi 2020/2021, yang berlangsung hari ini.

Ujarnya, pelantikan sebagai anggota MPPWP ini adalah satu usaha bagi memastikan tidak ada penduduk yang tercicir dan semua mendapat pembelaan. – UMNOPutrajaya