ADUN (BN) Slim Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN, Datuk Khusairi Abdul Talib dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Pada 15 JUL 2020 jam lebih kurang 1440hrs YB Dato’ MOHD KHUSAIRI bin ABDUL TALIB (ADUN SLIM RIVER) telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital BENTONG dari Awana Genting Highlands Resort Golf and Country RESORT, BENTONG.

YB Dato’ MOHD KHUSAIRI bin ABDUL TALIB (ADUN SLIM RIVER) telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital BENTONG yang mana beliau didapati pengsan dan tidak sedarkan diri ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Resort Golf and Country Resort.

Dimaklumkan kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1430hrs di padang golf dan berkemungkinan beliau mengalami serangan jantung.

Hasil keputusan dari pemeriksaan oleh Dr. JETHANANDA (Pakar Perubatan Kecemasan & Trauma Hospital Bentong) mengesahkan pada jam 1615, YB Dato’ MOHD KHUSAIRI bin ABDUL TALIB (ADUN SLIM RIVER) telah meninggal dunia di Awana Genting Highlands Resort Golf and Country Resort.

Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Bentong.

%d bloggers like this: