Aktiviti & Komuniti

Pemuda Putrajaya Aplikasi Sekretariat Tunas Muda Demi Kesinambungan UMNO

PUTRAJAYA – Sekretariat Tunas Muda akan diaplikasi sepenuhnya bagi menarik golongan muda menghayati perjuangan UMNO lantas turut sama dalam meneruskan kesinambungan perjuangannya.

Selaras dengan itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Mohd Zushaidey Zulkifli yang merupakan anggota sekretariat tersebut sepakat untuk memanfaatkannya dengan mengajak golongan muda di Putrajaya secara proaktif menyertainya.

Maklumnya, Sekretariat Tunas Muda yang dipengerusikan oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin adalah pendekatan baharu bagi melibatkan golongan sukarelawan khususnya dikalangan belia dan beliawanis dalam perjuangan UMNO.

“Melalui pendekatan ini kita akan beri peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai Pemuda atau Puteri UMNO,” katanya. – UMNOPutrajaya