Isu Semasa

Isu Tabung Haji: Kenapa PH Gembira Atas Kepincangan Sendiri?

SAYA tak faham sebab apa Pakatan Harapan (PH) ni gembira tak ketahuan hala pasal jawapan di parlimen isu Tabung Haji (TH).

1. Kita tak pernah kata Tabung Haji dikuasai bukan Islam. Nak kuasai apa benda Tabung Haji tu kan sebuah agensi badan berkanun kerajaan. Yang kita sebut adalah terdapat aset-aset Tabung Haji yang telah dijual kepada syarikat bukan bumiputera. Yang kita sebut adalah aset-aset yang dipindahmilik ke UJSB berisiko untuk hilang daripada pegangan umat Islam.

Ini isunya.

Apakah kenyataan itu salah? Bukankah TH Plantations Berhad pada 5 Disember 2019 telahpun mengisytihar penjualan dua anak syarikat mereka yang memiliki ladang seluas 6,514 hektar kepada sebuah entiti non bumi bernama Tamaco Plantation Sdn Bhd? Sudahlah begitu, harga jualan pula lebih rendah daripada harga penilaian [1]

Begitu juga dengan 111.3juta unit saham yang asalnya milik Tabung Haji telah dilupuskan UJSB pada awal Mac 2020. Bukankah itu bermakna aset tersebut telah terlepas daripada pegangan umat Islam?

Apabila kita sebut umat Islam, kita maksudkan ummah itu secara keseluruhan. Jika sekiranya aset-aset itu dibeli oleh syarikat milik muslim sekalipun, ia masih dianggap sebagai terlepas daripada pegangan umat Islam. Sebab individu atau syarikat milik muslim ini tidak bertanggungjawab ke atas kepentingan umat secara keseluruhan. Berbeza dengan Tabung Haji.

Takkan benda ni PH tak faham? Ini dah macam mengajar budak darjah tiga

2. Begitu juga kita tidak pernah menafikan keuntungan atau nilai aset Tabung Haji telah meningkat pada tahun sebelum ini. Yang kita pertikaikan adalah kaedah yang bagaimana keuntungan tersebut dijana sampai Kekanda begitu galak claim itu jasa dia.

Saya beri contoh tahun 2019. Jumlah pendapatan Tabung Haji adalah sebanyak RM3.19 bilion. Tetapi daripada jumlah tersebut, RM1.63 bilion atau 51% daripadanya datang daripada pendapatan sukuk Urus Harta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

Sukuk ini bukan tunai pun. Tak masuk akaun Tabung Haji pun. Ia hanyalah kertas hutang yang sepatutnya dibayar dalam tempoh 7 dan 9 tahun. Sudahlah begitu, sukuk ini pun tiada jaminan kerajaan yang menyebabkan Tabung Haji menanggung risiko yang amat besar sekiranya UJSB gagal membuat bayaran dalam tempoh sepatutnya.

Apa jadi kalau UJSB tutup kedai? Bukankah ketika itu Tabung Haji terpaksa write-off (hapus kira) hutang tersebut?. Kalau hutang itu tak boleh dibayar, dah tu rekod pendapatan yang dicatat pada 2019 tu nak kira lagu mana?

Jika UJSB gagal bayar, maknanya pendapatan Tabung Haji tahun lepas cuma RM1.56 bilion.

Dengan kata lain, rekod itu akan menjadi salah. Sebab duit itu tak boleh dibayar. Jadi hibah yang diberikan bagi tahun lepas pun akan dipertikaikan.

Inilah salah satu sebab kenapa Laporan Kewangan Tahunan tak boleh keluar. Nak suruh keluar, kerajaan kena jamin dahulu sukuk tersebut. Maknanya jika UJSB tak boleh bayar, kerajaan akan bayarkan. Dengan kata lain, rekod pendapatan 2019 itu akan menjadi sah kerana pembayarannya terjamin.

Faham ke tidak?

3. Sebab itu pengurusan lama guna kaedah penilaian Net Realisable Value (NRV) atau Nilai Realis Bersih Aset. Kaedah ini adalah satu amalan yang dah diterima dalam Generally Accepted Accounting Principles (GAAP).

Kaedah ini lebih sesuai untuk menilai harga aset terutama dalam bentuk saham kerana sifat harga saham itu yang fluctuate. Hari ni RM1. Minggu depan jadi 50sen. Bulan depan naik kepada RM2 pula. Dah tu kita nak pakai nilai berapa? Pakai NRV lah.

Sebab itu GLIC besar pada zaman PH seperti Khazanah Nasional pun menggunakan kaedah ini dalam penilaian aset mereka [2]. Yang peliknya bila Tabung Haji pakai, dikatakan penipuan akaun. Bila Khazanah zaman PH pakai tak ada masalah pula.

Sejak bila perakaunan ni ada dua jenis hukum? Halaluna wa Haramukum?

Awak ingat jaga agensi kerajaan dan GLC ni macam main Saidina ke? – UMNO ONLINE

Rujukan:

[1] https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

[2] https://www.thestar.com.my/…/khazanah-records-weaker-2018-…/


Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Serdang Selangor