Aktiviti & Komuniti

UMNO Cawangan Bunga Camelia Tunai Tanggungjawab, Persidangan Lancar

PUTRAJAYA – Selaras dengan tanggungjawab sebagai ahli UMNO dan patuh kepada tuntutan perundangan, UMNO Cawangan Bunga Camelia telah melaksanakan mesyuarat dengan kehadiran ahli-ahlinya termasuklah Wanita, Pemuda dan Puteri, malam tadi.

Persidangan Cawangan yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya telah berjalan dengan penuh tertib dan mematuhi peraturan serta etika persidangan UMNO.

Terdahulu, tarikh persidangan Cawangan UMNO yang sebelum ini bermula 15 Februari hingga 19 April 2020 terpaksa ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac akibat pandemik COVID-19.

Awal bulan ini, selaras dengan kenyataan kebenaran bermesyuarat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri( yang belum bermesyuarat) ialah pada 15 Julai hingga 31 Ogos sementara Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada 15 Sept hingga 31 Okt. – UMNOPutrajaya