Aktiviti & Komuniti

UMNO Cawangan Putrajaya Rancak Laksana Persidangan

PUTRAJAYA – Hujung minggu diaplikasi sebaiknya oleh ahli-ahli UMNO Putrajaya dengan adanya Cawangan-cawangan yang melaksanakan mesyuarat UMNO Cawangan sebagaimana tarikhnya bermula pada 15 Julai lalu.
Antara Cawangan yang telah melaksanakan persidangan pada minggu ini ialah Cawangan Bunga Anggerik, Cawangan Bunga Azalea dan Cawangan Bunga Ixora.

Terdahulu, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semua Cawangan terbabit juga telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti.

Kesempatan tersebut juga dijadikan peluang untuk ahli-ahli UMNO memperkukuhkan barisan dan memperkasakan muafakat di akar umbi.

Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan Cawangan bermula 15 Februari hingga 19 April 2020 namun terpaksa ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac akibat pandemik COVID-19.

Berikutan PKPP, Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri( yang belum bermesyuarat) ialah pada 15 Julai hingga 31 Ogos sementara Mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada 15 Sept hingga 31 Okt.– UMNOPutrajaya