Berbudi Kepada Tanah… Kebun Komuniti Manfaat Kepada Warga Tempatan
PUTRAJAYA – ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk meninjau dan melihat sendiri perkembangan Kebun Komuniti di Presint 4, di sini yang memanfaatkan tanah untuk program pertanian dalam bandar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan melahirkan rasa gembira dengan perkembangan di kawasan tersebut yang berkonsepkan Perancangan Putrajaya Bandaraya Dalam Taman dan Dasar Bandar Hijau Rendah Karbon Putrajaya.
Melalui konsep tersebut, komuniti Putrajaya digalakkan mengaplikasi amalan gaya hidup hijau (greenlife-style) dengan bercucuk tanam serta amalan untuk pemeliharaan alam sekitar lestari dan amalan penjimatan tenaga, air dan kitar semula. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.