Aktiviti & Komuniti

Puteri UMNO Putrajaya Ajak Daftar Sebagai Pengundi

PUTRAJAYA – Pergerakan Puteri UMNO Putrajaya mengajak warga tempatan khususnya anak-anak muda yang layak mengundi untuk mendaftar sebagai pemilih.

Ketuanya, Saudari Jumaitul Laily Zakiah Ismail berkata, inisiatif ini dilaksana atas tanggungjawab bagi memastikan setiap warganegara yang layak untuk mengundi dapat berbuat demikian pada pilihan raya yang akan datang.


“Buat semua kenalan yang belum berdaftar pemilih, jom laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?” katanya.

Beliau turut menyarankan agar mana-mana individu yang tidak pasti berkaitan hal tersebut agar membuat semakan terlebih dahulu di https://pengundi.spr.gov.my/ dan sekiranya belum berdaftar maka bolehlah berbuat demikian melalui https://mysprdaftar.spr.gov.my/UMNOPutrajaya