Pemuda UMNO Pastikan Anak Muda Bersama Parti
PUTRAJAYA – Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab dengan memastikan Mesyuarat Cawangan UMNO dilaksanakan di semua peringkat, Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya terus bergerak aktif menambahkan keahliannya.
Naib Ketua Pemudanya, Mohd Zushaidey Zulkifli melahirkan rasa syukur dan menghargai usaha semua anggota Pemuda UMNO untuk menarik orang ramai khususnya golongan belia bagi bersama-sama memperteguh dan mendukung perjuangan UMNO.
“Dalam kesibukan mengendalikan mesyuarat-mesyuarat Pemuda Cawangan, kami Pemuda Putrajaya juga dalam masa yang sama mendekati anak-anak muda cara kami, dan memberi kefahaman tentang perjuangan parti keramat ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas penyerahan borang keahlian UMNO dari golongan muda di sini.
“Alhamdulillah, simbolik penyerahan borang ahli UMNO baru kepada adik-adik yang ingin bersama perjuangan UMNO, ‘Dulu Kini Selamanya. Selamat datang ke keluarga besar Pemuda.
“Tahniah juga kepada Ketua Pemuda Cawangan (KPC) Dahlia, Sdr.Nazirul, KPC Ros Sdr.Amri dan KPC Bourgenvilla Sdr.Saiful kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya lagi.
Beliau juga menyeru anak-anak muda yang lain untuk menyertai UMNO bagi memastikan khidmat kepada rakyat dilaksana dan yang utama meneruskan perjuangan satu-satunya parti yang bertunjangkan agama, bangsa dan negara. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.