Aktiviti & Komuniti

Perkukuh Parti, Akar Umbi UMNO Laksana Mesyuarat Cawangan

PUTRAJAYA – Keazaman bagi memperteguh dan memperkukuh perjuangan UMNO semakin bersemarak khususnya bagi ahli-ahli parti di akar umbi.

Hal ini terbukti melalui kesungguhan ahli-ahli UMNO di peringkat Cawangan untuk menyempurnakan tanggungjawab yang tergalas sebagaimana ruang sepanjang tarikh persidangan Cawangan UMNO ditetapkan.

Sebelum ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah menetapkan tarikh persidangan Cawangan bermula 15 Februari hingga 19 April 2020 namun terpaksa ditangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac akibat pandemik COVID-19.

Berikutan itu tarikh baru bagi yang belum bermesyuarat ialah pada 15 Julai hingga 31 Ogos.

Sepanjang minggu ini Cawangan-cawangan yang belum bersidang telah melaksanakan mesyuarat termasuklah Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan. Antara Cawangan yang selesai bersidang ialah Reflesia, Kosandra, Roselle, Melati, Ros, Bunga Padi dan Seroja.

MKT UMNO juga menetapkan mesyuarat Perwakilan Bahagian ialah pada 15 Sept hingga 31 Okt. – UMNOPutrajaya