Aktiviti & Komuniti

Sepakat Kibarkan ‘Jalur Gemilang’ Pererat Silaturrahim

PUTRAJAYA – Penduduk Putrajaya menyahut seruan kerajaan yang telah melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 dengan memasang bendera negara di kawasan kediaman masing-masing.

Hal ini direalisasikan oleh warga Putrajaya antaranya di Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 yang memasang Jalur Gemilang di kawasan terbabit secara gotong-royong.

Usaha yang dilaksana penuh sepakat dengan kerja-kerja memasang bendera dibuat bersama-sama secara bergotong-royong turut mengeratkan hubungan silaturrahim.

Sememangnya, semangat patriotik dan cintakan negara menjelangnya tarikh keramat 31 Ogos iaitu tarikh kemerdekaan negara yang kali ini bertemakan ‘Malaysia Prihatin’ dapat diangkat menjadi penyatu rakyat yang sentiasa mementingkan kesejahteraan. – UMNOPutrajaya