Berita

Calon BN, Mohd Zaidi Ditentang Dua Calon Bebas Untuk Pertahan DUN Slim

TANJUNG MALIM, 15 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz, akan ditentang dua calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang bakal diadakan pada 29 Ogos nanti.

Pegawai Pengurus PRK itu, Shamsul Ridzuan Idris mengumumkan dua calon Bebas tersebut ialah Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, dan
Santhara Sekaran Subramaniam.

Santhara Sekaran menghantar borang pencalonannya pada 9.02 pagi diikuti Mohd Zaidi pada pukul 9.03 pagi sementara Amir Khusyairi pada 9.04 pagi.

Proses penamaan calon telah berlangsung di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal. – UMNO Online