Aktiviti & Komuniti

Jentera Pilihan Raya Siap Siaga, Yakin Putrajaya Tetap Milik BN

PUTRAJAYA – Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN)/UMNO telah siap siaga untuk bertempur dalam peperangan sebenar iaiatu Pilihan Raya Umum ke-15, yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Dalam mesyuarat yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, anggota jentera melahirkan keyakinan bahawa rakyat tempatan akan tetap memberikan sokongan kepada BN/UMNO.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan ini turut disertai oleh ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM), di sini.

Dalam mesyuarat ini juga anggota jentera diberikan amanat untuk menggerakkan anggota UMNO selain menekankan pelaksanaan gerak kerja yang te;ah dirancang dilakukan sebaik mungkin. – UMNOPutrajaya