‘Ketua Kampung’ Gesa Jangan Leka, Lipat Gandakan Gerak Kerja Menuju PRU-15
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa ahli jawatankuasa UMNO Bahagaian Putrajaya untuk melipatgandakan usaha bagi meningkatkan gerak kerja untuk memastikan Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
Katanya, sebagai pemimpin tempatan, AJK UMNO Bahagian memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kemenangan dengan menggerakkan anggota jentera dan ahli-ahli UMNO semua peringkat hinggalah kepada mengenalpasti setiap pengundi yang ada di kawasn terbabit.
“PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat dan kita perlu sentiasa bersedia agar apabila Parlimen dibubarkan nanti, kita dapat melaksanakan tugasan yang telahpun diagihkan dari sekarang.
“Kita perlu perhalusi gerak kerja, perancangan kita mesti selari dengan pelaksanaan dan siap siaga berdepan apa-apa cabaran untuk PRU-15 nanti,” katanya yang turut diangkat sebagai calon bagi mempertahankan kerusi BN di Putrajaya.
Dalam hal ini, beliau melahirkan keyakinan bahawa BN akan tetap menjadi pilihan pengundi di sini apatah lagi keperitan selama 22 bulan dakan Kerajaan Pakatan Harapan masih terasa.
“Walaupun dalam tempoh 22 bulan itu, Putrajaya di bawah Parlimen BN tetapi oleh kerana kerajaan Pusat adalah PH maka banyak perkara yang kita tak dapat laksanakan,” katanya lagi.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat AJK UMNO Bahagian Putrajaya yang kemudiannya Mesyuarat dengan jentera pilihan raya dengan Ketua-ketua PDM. – UMNOPutrajaya